Popular Posts

Pengalaman saya - Roadtax Percuma Kepada Semua Golongan OKU Termasuk Kenderaan Ibu Bapa

Happy tu tak terkata bila ada notis bajet government bagi pengecualian road tax untuk kenderaan OKU - kali ni termasuk kereta ibu bapa penjaga. So tanpa berlengah terus ke UTC sentul pukul 2pm sebab UTC off lunch pukul 1 - 2ptg. So, sampai sana, officer bagi tau - puan kena pergi kat JPJ Ibu Negeri terdekat kat Wangsa Maju atau pon boleh ke Shah Alam. PJ tak boleh ya - sbb officer call tanyerkan. Yang lain tak pasti. 

I google map cari JPJ wangsa maju, keluar pulak JPJ Wilayah persekutuan Kuala Lumpur. Dengan was was cari lagi tempat ni kat google untuk pastikan betul ke tak. Nanti tersalah jalan kang nak patah balik lagi. Call JPJ and UTC semua tak angkat, so terpaksa lah walk in je. ok ambil 5 minit dah pasti tempat sama. Mengharung jem ke JPJ Wangsa Maju harapkan ini kali lah - tempat yang betul. 

Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Lot 14264, Setapak, 53300 Kuala Lumpur: Tel: 03 - 4145 0800: Isnin higga Jumaat: 7:45 am - 4:30 pm (Break pukul: 1:00 pm - 2:00 pm,  Jumaat : 12:15 pm - 2:45 pm) Tutup Sabtu, Ahad, Cuti Umum.

Sesampai jer, nampak Bangunan besar, parking lot dier banyak. pergi ke Pintu 2, naik ke atas tingkat satu, sebab ramai yang beratur tuh kat Pintu 1 untuk buat transaksi lain. Pintu 2 tuh tak ramai orang. Pas tuh kena download apps ni - JPJeQ. Sampai kat dalam kena scan guna apps ni kat QR kod kat kaunter, pas tuh tunggu nombor. 

Bila dah sampai nombor tu, pergi kat kaunter, nanti dier minta pulak jumpa inspector kat satu lagi kaunter untuk verify. Ok, saat ni lah yang I tak tahan. Sebab officer kata, eh Puan, rekod puan tak ada sebagai waris ni. Kena pergi Jabatan Masyarakat Malaysia untuk update details. Lerrr... dah lah JPJ nak tutup pukul 4ptg. Geram bercampur upset x 2. I dah bagi kad OKU dengan IC pon tak boleh ke? Tak boleh puan.... Maka, turun lagi tangga, ambil kete n google lagi mana JKM terdekat. Wokay, ke Grand Season hotel, Jalan Pahang - 20 min. 

Ok, nak komen sikit pasal Parking hotel Grand Season ni jap. Masa driving in ni, ingatkan tempat salah, sebab gelap, pas tuh Jalan ke parking atas tuh, nampak sangat macam hotel ni terbiar lama. Gelap, sempit. ntah... perasaan macam goo land. (perasaan personal ya- mungkin yang lain tak rasa) - sebab bila nampak hotel, imagine parking lawa ;P 

Tapi bestnya- parking free.

Dah sampai Tingkat 9, masa i nak sibuk scan mysejahtera, Encik Reception tanyer, puan nak buat apa. Err, OKU tukar waris - (encik muka puzzle) - oh update nama kat OKU kad - (muka puzzle lagi) - nak buat kad - ok bagi nombor. 




Sampai kat officer , officer kata, Puan - kad ni warisnya anak puan. Sepatutnya nama waris tuh ibu bapa. Tapi kami tak boleh update kat sini (dier show screen pc dier x leh edit). OMG! I yang nak pasti pastinya mintak klik lagi - memang tak boleh. Katanye file I kat Subang - huhu . Naper tak link ke. Iskh - tak terkata. 

Dah pukul 4ptg tu. tak boleh buat apa apa. So nasihat officer, either I email suruh tukar file dari Subang ke KL atau gi Subang. Bagi semua detail kat dalam email kater nak tukar. Lepas tu, datang sini balik untuk update kad - buat Kad baru - sebab OKU kad anak gambar baby lagi. Pas buat, update system baru boleh pergi balik JPJ. Untuk tukar file dari Subang ke sini berapa lama? Sebulan 2. (*-*)

Baik dari I gi Subang, sebab parking kat sana lagi susah. 

Ok, I tanyer jugak, ni kalau lain kali tukar guna kete husben, camne ya? kena tukar Waris kat sini lagi ke, sebab waris satu nama jer. Terkilan dengar soalan ni, so dier advice, mintak JPJ buat surat harap boleh. So, if tak jadi, ayah ayah jangan nak plan beli kete yang cc mahal dulu. sebabnya mak yang leceh kena marathon JPJ/JKM. 

Sekian dulu luahan si ibu - nanti I email and kena pergi JPJ lagi bulan depan. Nanti update lagi. 

Sesiapa yang ada kad OKU baru - rase tak de masalah. Sesiapa yang dah buat boleh share share informasi ya. 

😘

**********************

Kat bawah sini informasi yang Jessie copy dari FB buat manfaat semua:

Roadtax Percuma Kepada Semua Golongan OKU Termasuk Kenderaan Ibu Bapa




Bermula 15/3/2022, kepada semua pemegang kad oku SEMUA KATEGORI (bukan fizikal sahaja), termasuk ibu bapa yg berdaftar dan mempunyai anak oku, penjaga atau pasangan suami/isteri yg mempunyai pasangan oku boleh memohon dengan syarat:-


1-individu oku atau ibu bapa/penjaga atau pasangan telah mendaftar dan mempunyai rekod dengan JKM

2-pemohon mempunyai lesen memandu

3-kenderaan pemasangan tempatan dan kereta nasional sahaja

4-hanya 1 kenderaan kereta dan 1 motosikal sahaja

5-kenderaan mestilah didaftarkan atas nama ibu bapa, penjaga, atau pasangan


Dokumen yg diperlukan:-

1.borang permohonan boleh download di https://t.me/infojpj

2.kad oku asal dan salinan

3.kad pengenalan dan salinan

4.salinan lesen memandu

5.surat wakil dan ic wakil sekiranya wakil yg hadir


From Ministry of Transport FB

PELAKSANAAN INSENTIF PENGECUALIAN LKM BAGI KENDERAAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI BAWAH BAJET 2022

Selaras dengan pengumuman Kerajaan melalui Bajet 2022, Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia akan melaksanakan pemberian Insentif Pengecualian Bayaran Fi LKM ke atas Kenderaan milik Orang Kurang Upaya (OKU)

KENDERAAN MOTOR ORANG KURANG UPAYA (OKU)

i. kenderaan motor yang telah diubahsuai khas untuk kegunaan OKU atau bagi kenderaan motor yang tidak diubahsuai, pengecualian hanya kepada Kenderaan Pemasangan Tempatan (CKD) dan Kereta Nasional sahaja

ii. hendaklah didaftarkan dan dilesenkan di atas nama individu OKU tersebut, dan individu OKU hendaklah telah berdaftar serta mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

*** Pengecualian juga dipanjangkan kepada kenderaan motor yang didaftarkan/dimiliki oleh ibu bapa/penjaga yang berdaftar dan mempunyai anak OKU serta pasangan suami/isteri yang mempunyai pasangan OKU, dengan syarat individu OKU terbabit juga telah berdaftar dengan JKM.

Permohonan bagi mendapatkan pengecualian ini adalah mulai pada 15 Mac 2022

Mana-mana pemilik kenderaan yang terbabit yang telah melesenkan kenderaan mulai 1 Januari 2022, pemilik kenderaan atau wakil boleh hadir ke kaunter JPJ untuk

i. Menyerahkan semula LKM dan berhak dibayar rebet dengan apa-apa amaun ditetapkan;

ii. Memohon pengecualian fi LKM mengikut perincian di atas

No comments:

Post a Comment